اِقْرَأْ
Panduan Pendaftaran
Teratak Ngaji — Empower Academy Sdn Bhd
Bahagian A: Panduan Daftar Pelajar
Ikuti langkah-langkah berikut untuk mendaftar sebagai pelajar kelas mengaji di Platform Teratak Ngaji.
Langkah 1: Buka Halaman Pendaftaran
1
Lawati ngaji.empoweracademy.com.my menggunakan pelayar web (Chrome, Safari, Firefox). Klik butang "Daftar" di bahagian atas sebelah kanan halaman.
Skrin yang akan dipaparkan:
Laman utama dengan dua pilihan: Cari Guru / Daftar Guru
Butang "Daftar" di bahagian atas kanan — klik untuk ke halaman pendaftaran
Langkah 2: Tab "Pelajar" Telah Dipilih
2
Di halaman pendaftaran terdapat dua tab: Pelajar dan Guru. Tab "Pelajar" telah dipilih secara lalai. Pendaftaran ibu bapa berlaku bersama pendaftaran anak — pilih "Anak saya" pada borang pelajar.
Tab pilihan di bahagian atas borang:
[Pelajar] — aktif secara lalai, papar borang pelajar
[Guru] — untuk guru yang mendaftar sebagai penyedia kelas
Langkah 3: Pilih "Diri Sendiri" atau "Anak Saya"
3
Pilih sama ada anda mendaftar diri sendiri (dewasa) atau anak anda. Jika pilih "Anak saya", bahagian Maklumat Penjaga akan muncul automatik.
Bahagian yang dipaparkan:
○ Diri sendiri (dewasa) — bahagian penjaga disembunyikan
○ Anak saya — bahagian Maklumat Penjaga muncul
Umur — masukkan umur pelajar
Jantina — Lelaki / Perempuan
Siapa milik login ini?
• Email & password borang utama = milik ANAK (login pelajar — anak guna untuk buat kelas, lihat progress, quiz).
• Maklumat Penjaga (nama, emel, telefon, password penjaga) = akaun IBU BAPA yang dicipta automatik. Selepas daftar, anda terus log masuk ke Portal Ibu Bapa untuk pantau progress anak, bayar yuran online (FPX/kad/QR) dan lihat laporan.
• Dua-dua akaun berasingan — anak dan ibu bapa boleh log masuk pada masa yang sama.
Tips: Jika umur dimasukkan kurang daripada 18 tahun, bahagian maklumat penjaga juga akan muncul secara automatik walaupun pilihan "Diri sendiri" dipilih.
Langkah 4: Pilih Guru dan Jenis Kelas
4
Pilih guru dari senarai (nama + rating). Harga dipapar dalam info kelas guru selepas guru dipilih. Pilih jenis kelas: Individu (satu-satu) atau Berkumpulan.
Senarai guru (nama + rating):
Ustaz Ahmad Zulkifli ★5
Ustazah Nur Hidayah ★5
Jenis Kelas: Individu / Berkumpulan
Info kelas guru (selepas pilih): Online/Bersemuka · Campur/Lelaki/Perempuan · RM/bln
Anda boleh pilih "Pilih kemudian" jika belum pasti guru. Pilihan boleh diubah selepas log masuk. Semasa memilih guru, maklumat kelas yang guru tawarkan (mod, jenis gender, harga) akan dipaparkan automatik.
Langkah 5: Klik "Daftar"
5
Sebaik sahaja semua maklumat dilengkapkan, klik butang "Daftar". Anda akan menerima mesej kejayaan dan boleh log masuk menggunakan emel dan kata laluan yang didaftarkan.
Langkah 6: Log Masuk dan Mula
6
Log masuk menggunakan emel dan kata laluan. Anda akan dibawa ke Portal Pelajar di mana anda boleh: melihat progress, memilih buku Iqra atau Al-Quran, menjawab kuiz tajwid, dan melihat jadual kelas.
Install sebagai App: Di telefon, buka Chrome/Safari → klik menu → pilih "Add to Home Screen". Platform akan dipasang seperti aplikasi biasa dengan ikon اِقْرَأْ.
اِقْرَأْ
Panduan Pendaftaran Guru
Teratak Ngaji — Empower Academy Sdn Bhd
Bahagian B: Panduan Daftar Guru
Ikuti langkah-langkah berikut untuk mendaftar sebagai guru mengaji di Platform Teratak Ngaji.
Langkah 1: Buka Halaman Pendaftaran & Pilih Tab Guru
1
Lawati ngaji.empoweracademy.com.my/register.php. Klik tab "Guru" di bahagian atas borang. Bahagian khusus guru akan dipaparkan.
Langkah 2: Pilih Gelaran
2
Pilih gelaran: Ustaz atau Ustazah. Gelaran ini akan dipaparkan bersama nama anda di marketplace, profil awam, dan semua dokumen rasmi.
Pilihan gelaran:
Gelaran: [Ustaz ▼] / [Ustazah ▼]
Nama yang akan dipaparkan: "Ustaz Ahmad Zulkifli" atau "Ustazah Nur Hidayah"
Langkah 3: Lengkapkan Maklumat Guru
Maklumat yang diperlukan:
Nama penuh (akan dipaparkan bersama gelaran)
Emel dan kata laluan
No. telefon
Alamat lengkap (bandar, negeri)
Kelayakan (cth: Diploma Tahfiz, Sijil Mengaji)
Pengalaman mengajar (tahun)
Pengkhususan — pilih dari senarai: Iqra, Al-Quran, Tajwid, Hafazan, Tadabbur, Tarannum, Bahasa Arab, Fardu Ain
Bio / Perihal diri
Foto profil dan salinan kad pengenalan
Sijil pengajian / transkrip
Langkah 4: Bersetuju dengan Perjanjian Guru
4
Baca Perjanjian Guru Teratak Ngaji v2.1 yang dipaparkan dalam borang. Perjanjian ini merangkumi tanggungjawab guru, model harga, royalti silibus ALAS/Darul Fikir, dan terma penamatan. Tandakan kotak persetujuan.
Langkah 5: Hantar & Tunggu Kelulusan
5
Klik "Daftar". Akaun anda akan berstatus Pending sehingga admin mengesahkan dokumen (sijil + IC). Anda akan menerima notifikasi apabila diluluskan.
Bonus: Akaun baharu menerima Percubaan Premium 14 hari — semua ciri terbuka termasuk marketplace, reminder WhatsApp, dan 0% had pelajar. Selepas 14 hari, akaun beralih ke plan Percuma.
Langkah 6: Lengkapkan Profil & SSM
6
Selepas log masuk, lengkapkan maklumat berikut di halaman Profile:
• Pakej harga — tetapkan harga kelas individu dan kumpulan
• Maklumat bank — untuk pindahan upah
• SSM — no. pendaftaran perniagaan (Premium wajib, Professional digalakkan)
• Maklumat bank — untuk settlement upah bulanan (lihat Bahagian C)
• Warna tema — pilih warna profil (Premium)
Langkah 7: Cipta Kelas & Mula Mengajar
7
Di halaman Kelas, klik "Cipta Kelas". Pilih:
Maklumat kelas:
Nama kelas
Jenis pelajaran: Iqra / Muqaddam / Al-Quran / Tadabbur / Taranum / Bahasa Arab
Mod: Online (Google Meet auto) / Offline (alamat premis)
Jenis Gender: Campur / Lelaki sahaja / Perempuan sahaja
Harga kelas (RM/bulan) — dipapar di marketplace
Pilih pelajar dari senarai
Jadual: hari, masa, berulang mingguan
Keterlihatan: papar di marketplace + jumlah pelajar maksimum
Cipta Kelas
Langkah 8: Kongsi Profil di Marketplace
8
Profil guru anda dipaparkan di marketplace dengan link pendek sendiri (cth: ngaji.empoweracademy.com.my/ustaz-ahmad-zulkifli). Kongsi link ini di status WhatsApp untuk ibu bapa jumpa anda.
5 Murid Percuma: 5 pelajar pertama dikecualikan daripada caj platform (7%/5%/3%). Caj dikenakan hanya pada pelajar ke-6 ke atas. Pelajar tanpa had untuk semua pelan.
اِقْرَأْ
Pembayaran & Settlement
Yuran 100% milik guru/institusi — automatik
Bahagian C: Cara Pembayaran Berfungsi
Platform menggunakan payment gateway provider (FPX Online Banking, kad debit/kredit dan QR) untuk memproses yuran ibu bapa. Tiada pendaftaran akaun pembayaran diperlukan daripada guru — semua kutipan, resit dan settlement diurus sepenuhnya oleh sistem.
Langkah 1: Sistem Jana Invois Bulanan
1
Invois yuran bulanan dijana automatik dan dihantar ke emel ibu bapa (dengan tarikh akhir). Tiada kerja manual.
Langkah 2: Ibu Bapa Klik "Bayar"
2
Halaman pembayaran dibuka — pilihan FPX / kad / QR melalui gateway platform. Selepas bayar, resit rasmi dijana dan dihantar automatik.
Langkah 3: Settlement Bulanan Ke Bank Anda
3
Setiap bulan, sistem mengira upah/pendapatan anda dan dihantar melalui payout bulanan (ke maklumat bank dalam profil anda).
• Pakej Pro / Premium / Institusi: caj platform = add-on semasa checkout — ibu bapa bayar yuran penuh, anda terima 100%
• Pakej Percuma: caj platform 7% dijana daripada yuran — anda menerima 93%
• 5 pelajar pertama: tiada caj platform (lihat Bahagian B)
Aliran wang (contoh):
Ibu bapa bayar yuran RM100 (Pro/Premium/Institusi) → gateway
Caj platform (5%/3%) = tambahan semasa checkout — ditanggung ibu bapa
Yuran penuh RM100 = milik guru/institusi (settlement bulanan)
Pakej Percuma: yuran RM100 − caj 7% (RM7) = RM93 kepada guru
Tiada kos tersembunyi: pindahan data, latihan, penyediaan pembayaran dan sokongan = semua termasuk. Anda hanya fokus mengajar — sistem urus bayaran.